Wednesday, July 29, 2009

Sewing Party Kak Zila

Salam,

Alhamdulillah, 26/7 hari tu dapat juga hadir ke Sewing Party anjuran Kak Zila Kassim dan belajar buat Long Purse daripada beliau.

;)

Sedikit gambar pada hari kejadian. Daku mengusung mesin-jahit-boleh-usungku ke BBB, tapi waktu nak jahit part yang paling tebal untuk long purse tu, kena guna mesin-canggih Kak Zila ni ha (tengok dalam gambar di bawah). Long purse daku yang belum siap, tu yang kat sebelah mesin tu.


Di bawah pula, gambar keadaan bersepah-sepah...hasil aktiviti memotong dan menjahit.


Seronok, dapat jumpa Kak Zila & Misa in person, jumpa balik Melor yang dah lama tak jumpa (my junior in university) dan kakak-kakak yang have passion in sewing as well. ;)

Monday, July 20, 2009

Last month Fabbies Collection

Salam!
Ni last month fabbies collection...ada yang dibeli daripada IKEA, TE WAH & KAMDAR.

Yang belum sempat disnap gambarnya - Amy Butler's & Tanya Whelan's Designer Fabric yang saya beli daripada RetroChic ;)

Hiks...kainnya dah banyak. Projeknya belum mula lagi.

Agaknya bila lah nak mula menjahit balik ni!
Ahad depan, 26/7 saya mendaftar untuk join Sewing Party anjuran Kak Zila. Saja nak belajar buat long wallet pulak. Jom ramai-ramai!


Enjoice!

Friday, July 3, 2009

Bizi & Tote Bag untuk Ida

Alahai!

Terperangkap dengan kepenatan badan ketika di rumah dan kesibukan melampau di pejabat...sampai terlupa kewujudan blogku ini.
Fabbies...ada koleksi baru daripada Kamdar, Te Wah dan Ikea, belum sempat nak snap gambar pun.

I will be on long holiday - balik kampung untuk lepaskan ngidam sehingga Selasa depan.

Nak tinggalkan dengan gambar Tote Bag untuk SIL, Ida. Dah lama siap, on 6th June. Sempatla kiranya bagi hadiah untuk Ida masuk Universiti. Untuk cuci mata, tengokla gambar ni. Designnya sama dengan Tote Bag untuk my cousin, Bi. Tapi matching cloth dia warna Pink! ;)

Thursday, July 2, 2009

Alkisah : Pijama Nufayl

Salam,

Ini antara pijama yang sempat saya buatkan untuk Nufayl, anak sulung saya. Asyik-asyik buat baju kurung kat adiknya, Nuha...kesian dia. Dapat baju tidur pun oklah! ;)

Ni projek tahun 2008 - guna kain cotton RM 2.00 yang dibeli daripada Nagoya. Ok la tu, untuk orang yang baru belajar. ;)

Wednesday, July 1, 2009

Alkisah : Baju Kurung Nuha























Saya mula belajar buat baju kurung daripada Kak Ina (staff di office) pada tahun 2007, menggunakan kain Nagoya RM 2.00. Tapi, tak ada gambar baju kurung pertama Nuha tu.

Baju kurung kuning, dengan bunga kecil berwarna ungu ini ialah baju kurung kedua Nuha yang Umminya buat, untuk Eidul Fitri 2007 dan khusus untuk Walimah adik saya Farid-Suzy.

Yang lainnya pula baju kurung Nuha - Eidul Adha 2008. 3 pasang semuanya: 2 pasang baju kurung tradisional (kain cotton Thai - ungu, dan kain Japanese Cotton - bunga biru)
dan sepasang baju kurung pesak gantung, yang berbunga merah tu.

Sweet kan Nuha dan baju kurungnya?! ;)