Wednesday, May 12, 2010

Sararisa-craf Giveaway!


Kali pertama hati saya teruja dan mengambil keputusan untuk bersama menyertai giveaway. Sebelum ini, hati tu teruja tapi tak buat apa-apa. Alih-alih tamat tempoh tanpa apa-apa tindakan.

Tengokkan hadiah giveaway daripada Sararisa ni (hadiahnya secomel namanya)...teringin betul!
Harap-harap dapatla satu pun jadilah. Sangat comel dan kiut kraf Sararisa ni. Yang penting & rajin dan tekun! ;) Moga saya lebih rajin dan tekun lepas ni...heh!

Monday, May 10, 2010

Mesin Jahit Tepi, Akhirnya!


Alhamdulillah, pada 5.5.2010...akhirnya setelah lama bermimpi...mesin jahit tepi menjadi milikku jua.
:)

Pilihan kali ini, Brother M3034D. Setelah mendengar pelbagai review dan mencuba sendiri demo set di LSN, Damai Perdana, Cheras, saya akhirnya memilih model ini untuk kegunaan saya.

Harap-harap, semangat menjahit yang sentiasa berkobar ini dapat diterjemahkan dengan adanya hasil jahitan. Maklumlah beranak kecil ni, tak sampai hati biarkan baby sendiri. Umminya mesti nak melekat dengan baby, bercinta dengan baby, main-main mata, gigit-gigit telinga (ups...terbalik!).

Alhamdulillah, satu kemudahan sudah tersedia. Semoga proses jahitan saya lebih lancar dan mudah selepas ini. :)


p/s: Ups...selepas update terakhir tentang fabrik di blog ini, saya telah menambah koleksi kain daripada NAGOYA MELAKA SENTRAL & PLAZA ANGSANA, JB.