Sunday, May 24, 2009

My First Tote Bag!




Alhamdulillah! Yang diidam-idamkan dah menjadi kenyataan.
Pagi tadi, lepas Subuh tangan dah gatal nak mengukur kain dan menggunting. Akhirnya, jadilah Tote Bag saya yang pertama :). Rujukannya Tutorial Tote Bag daripada Maya dan Crafty Daisies.
Ini percubaan pertama. Not bad! Cuma, selepas ini saya akan panjangkan sedikit beg dan juga pendekkan sikit talinya. ;)
Lepas ni bolehlah buatkan Tote Bag untuk Bi & Mira (sepupu) sebagai hadiah hari lahir mereka (bulan Mei), juga untuk Ida (adik ipar) yang nak melangkahkan kaki ke MMU 7 Jun ni. ;)

Saturday, May 23, 2009

Mengumpul kain!

Ini langkah pertama untuk menjalankan projek :-

1. Quilt - baby comforter
2. Tote Bag

Mengumpul kain!

Kain-kain ini saya beli dari Nagoya Jalan TAR selepas melawat Aquaria KLCC pada 21 Mei lalu.
Yang bawah sekali tu heavy cotton untuk projek Tote Bag saya. Hanya RM9.80 semeter sahaja. Tapi tak banyak corak yang tinggal. Yang lain printed cotton (RM7 semeter-RM14 semeter) dan juga plain cotton, RM3.80 semeter (matching). Berapa ya? Keseluruhannya habis juga RM80 lebih.

Kemudian sambung beli butang, riben dan beberapa keperluan menjahit yang lain di Kedai Bunga Riben sebelah Nagoya tu. Habis berbelas ringgit pula.

Keesokannya, waktu rehat saya ke Te Wah yang baru dibuka di IOI Mall. Cotton tak banyak kat sana...tapi printed cotton tak banyak.

Hasilnya ini, 3 heavy cotton (3 yang terbawah)...kualitinya sama dengan Nagoya tapi mahal la kat Te Wah, RM13.50 semeter. Saya beli juga sebab coraknya cantik! ;)

Kemudian, saya beli kain cotton yang buat selimut baby tu...cantikla kaler biru. Coraknya pula bunga-bunga hijau, pink, kuning & putih. Jarang dapat corak camtu, selalunya gambar binatang (saya tak suka!). Terus beli 3 meter. Yang ni hanya RM5.50 semeter.

Kemudian saya beli kain printed (bukan cotton rasanya), Rm14.50 semeter...dapat 2 helai. Yang lain tu plain cotton untuk matching la. Harganya sama dengan Nagoya, RM3.80 semeter.

Berapa ya saya habis? Kat sini rasanya hampir RM90.

Tak apalah...nak mula projek. ;)

Sampai di pejabat petang tu, saya dapat makluman, kain yang saya beli (online) daripada Tika dah sampai! ;) Dalam gambar tu...yang ke-4 daripada bawah - heavy cotton, English Rose. ;)

Makin semangat la saya buat projek macam ni!

Friday, May 22, 2009

Bagaimana saya mula minat menjahit?

Bila saya mula minat menjahit?

Sebenarnya, kisahnya bermula awal. Sejak saya sekolah rendah. Setiap kali cuti sekolah, saya pasti berkunjung dan bermalam di rumah Tok (sebelah arwah Abah) di Kodiang. Tok Minah memang gemar menjahit. Perca-perca kain dalam simpanannya dan juga baju-baju lama yang dihantar oleh Mama & Mak Ndak selalunya dicantumkan dijadikan selimut, alas tidur dan tudung tingkap.

Ya, itulah caranya saya mengenal Patchwork. :)

Melihatkan dia yang suka menjahit...saya pun mengutip perca kain. Selalunya, projek saya ialah set bilik tidur anak patung dan uncang. Boleh kata setiap kali bermula sesi persekolahan baru, saya dapat 2 uncang baru. Satu yang saya buat sendiri, satu lagi yang Tok Minah buatkan.

Didorong oleh Mama sejak zaman sekolah rendah, saya juga minat menjahit cross-stich. Seawal darjah 2, 8 tahun usia saya ketika itu...saya sudah mula menjahit cross-stich. Projek pertama saya pada kain cross-stich Mama yang saya jumpa dalam almari dan hampir reput. Disebabkan teringin untuk mencuba, saya dan sepupu, Dik Mimi (usianya lebih 3 tahun daripada saya)...'pinjam' buku cross-stich Mama dan selepas beberapa hari, kami berjaya siapkan satu motif bunga. Simple tapi satu pencapaian yang sangat kami banggakan ketika itu.

Saya akhirnya tunjukkan juga hasilnya itu kepada Mama. Nasib baik dia tak marah, malah menggalakkan. Dia hanya menggelengkan kepala kerana kain yang kami gunakan itu hampir reput. Lebihan kain cross-stich yang digunakan sebelum ini, diberikan kepada kami untuk projek seterusnya. Mama ada lebih kurang 4-5 buah buku cross-stich yang saya 'pinjam' dan simpan di meja saya.

Dan, kegemaran itu turut berjangkit kepada 2 adik saya. Dik Id (muda 2 tahun daripada saya) dan Ayeh (muda 5 tahun daripada saya) berjaya menyiapkan motif kapal terbang dan kereta masing-masing. Saya dah tak ingat ini berlaku tahun bila, rasanya Ayeh belum masuk sekolah rendah masa tu...dalam 6 tahun umurnya.

Setiap cuti sekolah, Mama akan pastikan saya ada produk. Produknya cross-stichlah. Daripada menyiapkan projeknya yang tertangguh sampai buat projek baru...itulah kerja saya setiap musim cuti sekolah. Kata Mama, sekurang-kurangnya masa yang terbuang dan terisi dengan aktiviti yang memberi manfaat dan hasil.

Projek cross-stich terbesar saya adalah ketika cuti akhir usai belajar dari MMU, semasa menunggu panggilan untuk bertugas. Saya beli sendiri projek itu dari Kedai Kawan di Kangar, Perlis pada akhir 2002. Dengan menggunakan kain 0.75 meter, saya berjaya siapkan separuh sebelum dipanggil bertugas. Sepanjang lebih 1 tahun, projek itu terperap dalam beg jahitan saya...akhirnya saya berjaya menyiapkan projek itu ketika mengandungkan anak sulung, Nufayl (2004).

Itu kisah saya dan cross-stich. Azam saya, setiap kali mengandung...saya akan pastikan satu projek cross-stich siap. Sebabnya, waktu mengandungkan waktu untuk manjakan diri. Kadang-kadang baca buku. Jadi, apa salahnya siapkan projek cross-stich juga.

Ketika mengandungkan anak kedua, Nuha (2006), saya beli satu lagi projek...HOME SWEET HOME. Dah lama saya idamkan untuk menggantung HOME SWEET HOME di rumah saya. Tapi projek itu hanya saya siapkan 70%. Tinggal tulisan dan awan larat belum saya siapkan. Tergendala sebab ketika usia kandungan 6 bulan, saya 'mengidam' nak kan mesin jahit SINGER sendiri.

Saya sebenarnya ada mesin jahit SINGER sendiri di Perlis yang Mama belikan semasa saya dalam Tingkatan 3. Dengan mesin jahit tersebut, saya pernah siapkan macam-macam projek. Antaranya langsir rumah Tok Midah di Padang Melangit yang saya jahit semasa cuti akhir usai belajar dulu. Langsir itu jugalah yang menghiasi rumah ketika majlis perkahwinan saya. ;)

Walau Mama mempelawa saya membawa mesin jahit itu ke KL, tapi saya tak sampai hati nak ambil mesin jahit itu. Biarlah saya beli yang baru. Lagipun, rumah saya ketika itu (apartment) tidak mempunyai ruang yang cukup untuk mesin table top. Saya memilih mesin jahit portable untuk kemudahan menjahit dan menyimpan. Selepas itu saya sibuk menjahit set alas tidur, bantal dan selimut bayi. Sempatlah siap 2 set.

Kemudian, saya belajar menjahit baju kurung kanak-kanak daripada kawan sepejabat.
Bermula 2007, anak perempuan saya Nuha sudah mula memakai baju kurung jahitan Ummi untuk Raya dan kenduri kahwin Pak Ngahnya (adik saya).
Untuk Nufayl pula, saya jahitkan pijama. Projek baju melayu Nufayl terhenti sebab saya tak puas hati dengan seluarnya.

2008, Nuha terus mendapat baju kurung untuk Raya. Kali ini 3 pasang.
Saya terus bersemangat untuk menjahit terutama jubah & blaus labuh untuk saya sendiri sebab saya sukar untuk mendapatkan saiz & paten yang sesuai di pasaran. Sayangnya, saya tak sempat untuk belajar menjahit jubah/blaus walau gurunya sudah saya tempah awal-awal. Semuanya disebabkan kesibukan kerja+famili.

2009, bermula dengan projek Tudung DIY yang saya pelajari di Impian Qaisara, BBB. Saya mula aktif menjahit semula. Terima kasih Mektwain dan geng Tudung DIY yang lain atas sokongan dan tunjuk-ajar. Saya mula menjahit tudung saya sendiri. Suka! Kenapa suka? Sebab saya dapat buat paten tudung yang saya suka dengan kos yang jimat, yang takkan saya dapat di pasaran.

Mac-April-Mei 2009 - mood menjahit saya tak ada langsung. Tempahan untuk tudung saya tak sentuh langsung. Mungkin kerana pembawaan, oh...saya mengandung lagi! Atau mungkin kerana saya terlalu penat. Kerja pejabat melambak-lambak hingga membawa ke malam/hujung minggu. Minggu yang tiada lambakan kerja, jadi rehat yang panjang buat saya. Tak lalu langsung saya nak potong kain.

Tapi Alhamdulillah, tak lama. Bermula dengan satu hari saya tiba-tiba teringin sangat nak buat quilt. Ketika bloghop/ surfing, saya terjumpa blog Maya dan kawan-kawannya (Craftzone), saya terpikat hati dengan tote bag yang cantik.

18 Mei lalu, saya beli 2 buah buku tentang Quilting, lebih kurang RM200.

21 Mei, saya mula membeli kain untuk projek Tote Bag & Quilt di Nagoya Jalan TAR.

22 Mei, saya menambah kain untuk kedua-dua projek di Te Wah, IOI Mall.

Buat kawan-kawan yang meminati seni jahitan ini, salam perkenalan daripada saya. Mohon tunjuk-ajar serta perkongsian ilmu dan maklumat.

Salam daripada,
HanyFF

Bismillahirrahmanirrahiim

Dengan nama Allah, dimulakan Heaven of HanyFF.
Bukan bermaksud syurga Allah...
sekadar sesuatu yang membuatkan hamba Allah bernama HanyFF ini tenang dan puas dengan apa yang dihasilkannya.

Everything handmade by HanyFF