1. Quilt - baby comforter
2. Tote Bag
Mengumpul kain!
Kain-kain ini saya beli dari Nagoya Jalan TAR selepas melawat Aquaria KLCC pada 21 Mei lalu.
Yang bawah sekali tu heavy cotton untuk projek Tote Bag saya. Hanya RM9.80 semeter sahaja. Tapi tak banyak corak yang tinggal. Yang lain printed cotton (RM7 semeter-RM14 semeter) dan juga plain cotton, RM3.80 semeter (matching). Berapa ya? Keseluruhannya habis juga RM80 lebih.
Kemudian sambung beli butang, riben dan beberapa keperluan menjahit yang lain di Kedai Bunga Riben sebelah Nagoya tu. Habis berbelas ringgit pula.
Keesokannya, waktu rehat saya ke Te Wah yang baru dibuka di IOI Mall. Cotton tak banyak kat sana...tapi printed cotton tak banyak.Hasilnya ini, 3 heavy cotton (3 yang terbawah)...kualitinya sama dengan Nagoya tapi mahal la kat Te Wah, RM13.50 semeter. Saya beli juga sebab coraknya cantik! ;)
Kemudian, saya beli kain cotton yang buat selimut baby tu...cantikla kaler biru. Coraknya pula bunga-bunga hijau, pink, kuning & putih. Jarang dapat corak camtu, selalunya gambar binatang (saya tak suka!). Terus beli 3 meter. Yang ni hanya RM5.50 semeter.
Kemudian saya beli kain printed (bukan cotton rasanya), Rm14.50 semeter...dapat 2 helai. Yang lain tu plain cotton untuk matching la. Harganya sama dengan Nagoya, RM3.80 semeter.
Berapa ya saya habis? Kat sini rasanya hampir RM90.
Tak apalah...nak mula projek. ;)
Sampai di pejabat petang tu, saya dapat makluman, kain yang saya beli (online) daripada Tika dah sampai! ;) Dalam gambar tu...yang ke-4 daripada bawah - heavy cotton, English Rose. ;)
Makin semangat la saya buat projek macam ni!
Wah ..
ReplyDeletememang cantik kain2 di bawah tuh .
agaknya masih ada stock kalau saya nak gi beli nanti
dalam ioi mall ke
nak beli !!!!!