Tuesday, June 9, 2009

Alkisah Tudung DIY III : Koleksi

Ini pula antara koleksi tudung DIY yang pernah dihasilkan :-

1. Ini batch pertama tudung yang dihasilkan. 11 tudung yang dijahit semasa cuti CNY 2009. ;)
























2. Tudung diri sendiri, tudung Cu (auntie), tudung Bi (cousin) & tudung Aida.


















3. Tudung diri sendiri (putih dan hitam), tudung Jie, tudung Kak Ros & tudung Bi lagi.


















4. Tudung Hajjah Z, Kak Ros dan Jie.










































Ini antaranya...tak larat nak upload semua gambar-gambar tudung tu ;)



Monday, June 8, 2009

Alkisah Tudung DIY II : Patern Tudung

Ini antara patern tudung DIY yang dihasilkan :

1. Tudung Labuh belah tengah.























2. Tudung Hajjah


















3. Tudung Labuh Bulat
























4. Tudung Nina (Bulat-tutup dada)

























5. Tudung Nina (tutup dada)



















6. Tudung 3 Segi Labuh



















7. Tudung Scallop Labuh
























Ok...thats all for now! Thats all for tudung! ;)

Alkisah Tudung DIY I : Cerita-Ceriti

Bermula dengan berita daripada Aini tentang Tudung Awning yang boleh dijahit sendiri dan cara-caranya ada diletakkan dalam blog tok guru Tudung Awning DIY, Mektwain...saya mencuba dan saya ceritakan hasilnya di sini : -
22 Dis 2008 : MACAM-MACAM CERITA

Kemudian, 18 Jan 2009 : Saya turut serta dalam Kelas Jahitan Tudung DIY di Impian Qaisara, Bandar Baru Bangi. Ceritanya di sini.

Hasilnya, Tudung Awning pertama (selepas berguru dalam kelas lah!) a.k.a tudung kedua yang saya hasilkan.

Kemudian, cuti Tahun Baru Cina 2009...saya gunakan sepenuhnya untuk memenuhi keterujaan saya menyiapkan projek tudung DIY : 11 tudung berjaya disiapkan! Kain jerseynya J1 & J2 daripada Zhou Hua, SS2.

Tak lama lepas tu, saya siapkan 4 helai tudung menggunakan jersey Nagoya.

Kemudian, bermulalah episod kegilaan menjahit tudung DIY. Saya jahit untuk saya, mama, umi (MIL), adik-adik, makcik dan sepupu. Ada juga kawan rapat yang minta tolong dan setakat mana yang saya mampu...saya tunaikan permintaan mereka.

Berikut catatan lain tentang tudung DIY dalam blog peribadi saya.

1. 16 Mar 2009 : Update Tentang Tudung DIY
2. 13 Apr 2009 : Update II

Ok for now...lets wait for next update on the piccas!




Friday, June 5, 2009

Tudung Si Cilik


Dia pilih sendiri kain awningnya.
Tudungnya saya jahitkan malam sebelum AFNite Dinner. Bukan Akademi Fantasia ok, tapi Annual Family Nite.

Sesuai dengan Maxinya yang agak besar saiznya tika itu. Apa pun, dia suka pakai tudung tu. Sampai tidur pun tak dibukanya. ;)

Thursday, June 4, 2009

Tote Bag untuk Bi & Mira

Salam,
Something to share!
Hari Selasa, saya bercuti...ikut suami yang outstation ke Taiping. Demi menyiapkan Tote Bag untuk Bi & Mira yang perlu diserahkan kepada Mira selewat-lewatnya Rabu, saya pun usung Mesin Jahit Portable saya. Terima kasih untuk Incik Suami Terchenta yang sanggup melayan karenah isterinya ini. Nasib baik kain dah siap bergunting...saya cuma bawa mesin jahit dan peralatan kecil serta kain sahaja.

Saya menjahit bermula jam 2.30 petang di bilik istirahat. Anak-anak tak kacau sebab depa tengok Ultraman kat laptop Ummi. Jam 7.00 malam, siapla dua Tote Bag ini. (Lambat eh? huhu...masih belajar).
Satu untuk Bi (Fatin Amanina,16) dan satu untuk Mira (Fatin Amirah,19). Harap-harap mereka suka! ;)

Beg untuk Bi






















Beg untuk Mira
Percubaan kedua dan ketiga saya menjahit Tote Bag ini agak smooth, tapi still saya merasakan, lagi best kalau keras sket begnya. Atau ada tapak...instead of persegi biasa.

Hmm..kena improve lagi ni. One more Tote Bag project by this Saturday for my SIL. Her reg day at MMU on 7th (Sunday)! Ups, kena laju sket...embroidery nama dia baru siap setengah saja.


Chaiyok!
p/s: Kenapa ya, saya tak boleh post/reply comment kat blog ni?

Monday, June 1, 2009

Entah Sempat Entah Tidak

Bercuti seminggu daripada menjahit.
Rehat-rehat di SDMCSJ...sempat juga siapkan sulaman nama untuk Bi & Mira yang menyambut birthday mereka dalam bulan May.





Malam ni targetnya nak jahit Tote Bag untuk mereka. Saya dah siap potong kain pada Sabtu malam.

Harap-harap sempat pass kat Mira. Flightnya Rabu malam..adeh, sempat ke tak ni!