Monday, June 8, 2009

Alkisah Tudung DIY I : Cerita-Ceriti

Bermula dengan berita daripada Aini tentang Tudung Awning yang boleh dijahit sendiri dan cara-caranya ada diletakkan dalam blog tok guru Tudung Awning DIY, Mektwain...saya mencuba dan saya ceritakan hasilnya di sini : -
22 Dis 2008 : MACAM-MACAM CERITA

Kemudian, 18 Jan 2009 : Saya turut serta dalam Kelas Jahitan Tudung DIY di Impian Qaisara, Bandar Baru Bangi. Ceritanya di sini.

Hasilnya, Tudung Awning pertama (selepas berguru dalam kelas lah!) a.k.a tudung kedua yang saya hasilkan.

Kemudian, cuti Tahun Baru Cina 2009...saya gunakan sepenuhnya untuk memenuhi keterujaan saya menyiapkan projek tudung DIY : 11 tudung berjaya disiapkan! Kain jerseynya J1 & J2 daripada Zhou Hua, SS2.

Tak lama lepas tu, saya siapkan 4 helai tudung menggunakan jersey Nagoya.

Kemudian, bermulalah episod kegilaan menjahit tudung DIY. Saya jahit untuk saya, mama, umi (MIL), adik-adik, makcik dan sepupu. Ada juga kawan rapat yang minta tolong dan setakat mana yang saya mampu...saya tunaikan permintaan mereka.

Berikut catatan lain tentang tudung DIY dalam blog peribadi saya.

1. 16 Mar 2009 : Update Tentang Tudung DIY
2. 13 Apr 2009 : Update II

Ok for now...lets wait for next update on the piccas!




No comments:

Post a Comment