Sempena Eidul Adha 1430h yang bakal tiba dan dalam senggang masa Ummi yang ber'MC' sebelum bersalin ini, sempat juga Ummi siapkan Jubah dan Blouse Nuha. Boleh pakai untuk Raya Haji kan?!
Ummi sebenarnya menjahit ikut mood. Hari tu, masa tengah kemas-kemas almari kain (kain khusus untuk dijahit), Nuha pegang kain tu dan bagitahu dia suka sangat kain tu. Semangat Ummi menjahit datang. Jam 8.00 malam pegang gunting potong kain dan jam 11.00 malam dah siap. Nuha siap pakai dan turun kejutkan Abahnya yang tertidur keletihan di bawah. Ups, jubah dah siap! ;)
Blouse tu pulak Ummi buat seminggu selepas itu. Semuanya pakai agak-agak dan main reka jer.
Kain ni saya beli di Kamdar MV awal tahun 2009.

err...yang ni tak ikut tutorial mana-mana pun. Ikut sedap hati jer! ;)
Posing blouse ni kat SJMC masa Umminya tengah tunggu giliran jumpa doktor. Seperti biasa, Abang Nufayl ada di mana-mana! ;)
No comments:
Post a Comment