Monday, May 10, 2010

Mesin Jahit Tepi, Akhirnya!


Alhamdulillah, pada 5.5.2010...akhirnya setelah lama bermimpi...mesin jahit tepi menjadi milikku jua.
:)

Pilihan kali ini, Brother M3034D. Setelah mendengar pelbagai review dan mencuba sendiri demo set di LSN, Damai Perdana, Cheras, saya akhirnya memilih model ini untuk kegunaan saya.

Harap-harap, semangat menjahit yang sentiasa berkobar ini dapat diterjemahkan dengan adanya hasil jahitan. Maklumlah beranak kecil ni, tak sampai hati biarkan baby sendiri. Umminya mesti nak melekat dengan baby, bercinta dengan baby, main-main mata, gigit-gigit telinga (ups...terbalik!).

Alhamdulillah, satu kemudahan sudah tersedia. Semoga proses jahitan saya lebih lancar dan mudah selepas ini. :)


p/s: Ups...selepas update terakhir tentang fabrik di blog ini, saya telah menambah koleksi kain daripada NAGOYA MELAKA SENTRAL & PLAZA ANGSANA, JB.

1 comment: