Tuesday, July 6, 2010

DESIGNER COTTON FABRIC Giveaway!

Salam, wah...lama sungguh saya menyepikan diri. Kembali sibuk dengan tugas di pejabat dan di rumah ++ ada baby. Tertinggal sekejap blog ni.

Dalam sepi-sepi, ada juga saya menambah koleksi kain. Juga pastinya, ada projek baru.
Yang dah siap, gaun labuh untuk Nuha.
Yang sedang dalam proses, baju kurung raya Nuha + gaun Nuha.
Yang diangan-angankan, handbag, skirt...banyak lagi la.  
Untungnya jadi anak perempuan. Semua dapat hasil tangan daripada Umminya.

Anak lelaki? Beli sajalah. Baju-baju boy murah saja. ;)

Semoga semakin ada kesempatan untuk aktiviti menjahit dan kemaskini blog ini.

btw, saya baru saja menyertai Giveaway daripada Designer Cotton Fabric sempena mencapai  10,000 hits.
Cantik designer cotton nya tu. Geram! Harap-harap jadi insan bertuah, dapat designer cotton ni.

Nak beli pun ya, sebab Designer Cotton Fabric ada sale best, RM35/yard untuk fabrik terpilih sehingga 10 Julai sahaja. Jom kita shopping! ;)

No comments:

Post a Comment