Showing posts with label bag. Show all posts
Showing posts with label bag. Show all posts

Friday, July 3, 2009

Bizi & Tote Bag untuk Ida

Alahai!

Terperangkap dengan kepenatan badan ketika di rumah dan kesibukan melampau di pejabat...sampai terlupa kewujudan blogku ini.
Fabbies...ada koleksi baru daripada Kamdar, Te Wah dan Ikea, belum sempat nak snap gambar pun.

I will be on long holiday - balik kampung untuk lepaskan ngidam sehingga Selasa depan.

Nak tinggalkan dengan gambar Tote Bag untuk SIL, Ida. Dah lama siap, on 6th June. Sempatla kiranya bagi hadiah untuk Ida masuk Universiti. Untuk cuci mata, tengokla gambar ni. Designnya sama dengan Tote Bag untuk my cousin, Bi. Tapi matching cloth dia warna Pink! ;)

Thursday, June 4, 2009

Tote Bag untuk Bi & Mira

Salam,
Something to share!
Hari Selasa, saya bercuti...ikut suami yang outstation ke Taiping. Demi menyiapkan Tote Bag untuk Bi & Mira yang perlu diserahkan kepada Mira selewat-lewatnya Rabu, saya pun usung Mesin Jahit Portable saya. Terima kasih untuk Incik Suami Terchenta yang sanggup melayan karenah isterinya ini. Nasib baik kain dah siap bergunting...saya cuma bawa mesin jahit dan peralatan kecil serta kain sahaja.

Saya menjahit bermula jam 2.30 petang di bilik istirahat. Anak-anak tak kacau sebab depa tengok Ultraman kat laptop Ummi. Jam 7.00 malam, siapla dua Tote Bag ini. (Lambat eh? huhu...masih belajar).
Satu untuk Bi (Fatin Amanina,16) dan satu untuk Mira (Fatin Amirah,19). Harap-harap mereka suka! ;)

Beg untuk Bi






















Beg untuk Mira
Percubaan kedua dan ketiga saya menjahit Tote Bag ini agak smooth, tapi still saya merasakan, lagi best kalau keras sket begnya. Atau ada tapak...instead of persegi biasa.

Hmm..kena improve lagi ni. One more Tote Bag project by this Saturday for my SIL. Her reg day at MMU on 7th (Sunday)! Ups, kena laju sket...embroidery nama dia baru siap setengah saja.


Chaiyok!
p/s: Kenapa ya, saya tak boleh post/reply comment kat blog ni?

Sunday, May 24, 2009

My First Tote Bag!




Alhamdulillah! Yang diidam-idamkan dah menjadi kenyataan.
Pagi tadi, lepas Subuh tangan dah gatal nak mengukur kain dan menggunting. Akhirnya, jadilah Tote Bag saya yang pertama :). Rujukannya Tutorial Tote Bag daripada Maya dan Crafty Daisies.
Ini percubaan pertama. Not bad! Cuma, selepas ini saya akan panjangkan sedikit beg dan juga pendekkan sikit talinya. ;)
Lepas ni bolehlah buatkan Tote Bag untuk Bi & Mira (sepupu) sebagai hadiah hari lahir mereka (bulan Mei), juga untuk Ida (adik ipar) yang nak melangkahkan kaki ke MMU 7 Jun ni. ;)