Wednesday, February 10, 2010

Peasant Gown (?)

Entah, tak tahu nama dia apa. Tapi ini dia gambar Peasant Skirt yang diubah-suai jadi gaun untuk Nuha. Sukanya dia! Senang saja buatnya - ikut tutorial Peasant Skirt di sini dan hanya tambahkan tali untuk jadi gaun Nuha.

Saya guna kain cotton yang dibelil di Nagoya Jalan TAR lama dulu. Tengok kain hitam & putih ni...berkenan pulak sebab Nuha belum ada gaun hitam-putih! ;)














Seksikan Nuha?!

p/s: Nanti mesti Nufayl 'ceramah'kan Nuha lagi. Pakai baju ketiak la, seksi la. Ups..Ummi yang buatkan pulak tu. Takpa Nufayl, Nuha belum cukup umur...boleh pakai lagi. Nanti kalau dia dah besar sket, dah kena tutup aurat dah. Masa tu, baru boleh marah kalau dia tak tutup aurat. :)

Designer Fabbys

Gembira!!!
Hari ini, parcel yang ditunggu-tunggu selamat tiba.

3 x 1/2 ela :
- Rosie Dots in Pink from the Darla Collection
- Maize in Tan from Midwest Modern Collection
- BarefootRoses In Slate

Gambar di bawah pula Designer Fabrics Amy Butler's dan Tanya Whelan yang dibeli daripada Zura bulan June dulu.



1. DarlaTW22Green - 1/2 mtr (Tanya Whelan)
2. DarlaTW20 Green - 1/2 mtr (Tanya Whelan)
3. AB11 Okra - 1/2 mtr (Amy Butler)
4. AB20 Pink - 1/2 mtr (Amy Butler)


Thanks Zura! Nice to know you! ;)

Monday, February 8, 2010

WIP : Peasant Blouse + Peasant Skirt = Gown (?)

Asalnya nak buat Patchwork Handbag daripada buku "Quilting In No Time", tapi masa tengah surfing, jumpa tutorial Peasant Skirt. Menarik, dan nampak mudah!

Alih-alih jadilah projeknya untuk Cik Nuha.

Peasant Skirt, tutorialnya di sini. Peasant Blouse pula daripada blog Maya.

Kainnya dah potong. Tapi, bila dah jadi Peasant Skirt tu...saiznya nampak besar untuk Nuha.
Saya ubah-reka...jadi gaun pula untuk Nuha. Sun Gown? Entahlah!

Tapi itulah yang WIPnya. Nantikan gambar tuannya bergaya dengan gaun baru ya!

Monday, January 11, 2010

Monday, November 30, 2009

Lastest Fabbys Collection - from Nagoya P.A.S


Stok kain yang baru di'renew' daripada Nagoya Plaza Alam Sentral beberapa hari sebelum Raya Haji.

Banyak kain cotton dan cantik-cantik coraknya. Mesti stok Nagoya baru sampai ni. Adeh, nasib baik dapat kawal nafsu memandangkan dah nak bersalin dalam beberapa hari saja lagi.

2 kain paling bawah - kain flannel untuk buat selimut baby, hadiah untuk Suzy & Dik Mimi.
3 kan di atasnya - heavy cotton untuk buat Diapers Bag untuk mereka juga (of course untuk saya pun ada sama).

2 kain di atasnya - untuk buat beg Nufayl & Nuha.
Dan, selebihnya untuk baju Nufayl & Nuha.

Bila nak jadi projek tu? Belum tahu! Tengok kerajinanlah, sebelum bersalin ke, selepas pantang ke...hehe

;)

Wednesday, November 25, 2009

Projek Jubah & Blouse Nuha

Salam,

Sempena Eidul Adha 1430h yang bakal tiba dan dalam senggang masa Ummi yang ber'MC' sebelum bersalin ini, sempat juga Ummi siapkan Jubah dan Blouse Nuha. Boleh pakai untuk Raya Haji kan?!

Ummi sebenarnya menjahit ikut mood. Hari tu, masa tengah kemas-kemas almari kain (kain khusus untuk dijahit), Nuha pegang kain tu dan bagitahu dia suka sangat kain tu. Semangat Ummi menjahit datang. Jam 8.00 malam pegang gunting potong kain dan jam 11.00 malam dah siap. Nuha siap pakai dan turun kejutkan Abahnya yang tertidur keletihan di bawah. Ups, jubah dah siap! ;)

Posing malam tu jugak, dengan Abang Nufayl kacau daun kat belakang. Sebelum raya, Ummi tambah riben biru kat pinggang Jubah tu.


Blouse tu pulak Ummi buat seminggu selepas itu. Semuanya pakai agak-agak dan main reka jer.
Kain ni saya beli di Kamdar MV awal tahun 2009.


err...yang ni tak ikut tutorial mana-mana pun. Ikut sedap hati jer! ;)

Posing blouse ni kat SJMC masa Umminya tengah tunggu giliran jumpa doktor. Seperti biasa, Abang Nufayl ada di mana-mana! ;)

Sunday, November 15, 2009

Selimut & Bedung Baby


Dalam pada masa tak ada mood nak menjahit pun, akhirnya menjadi juga bedung dan selimut untuk baby.

Bedung tu simple je...potong kain cotton dan jahit tepi warna.

Untuk selimut, kain flannel tu saya lipat dua, jahit quilt dan buat finishing piping.

Simple tapi bermakna untuk bayiku! ;)